Pelajaran Bahasa Jawa


Ramai orang keliru dan menganggap bahawa bahasa Jawa adalah sub-dialek kepada bahasa Melayu. Bahasa Jawa sebenarnya adalah satu lagi kelompok bahasa utama yang bukan berada di bawah bahasa Melayu. Beza bahasa Jawa dengan bahasa Melayu adalah seperti bahasa Belanda berbeza dengan bahasa Inggeris. Hal ini terjadi kerana maksud perlembagaan di Malaysia merujuk kepada orang Melayu adalah mengelirukan.
   
Bahasa Jawa adalah salah satu turunan dari bahasa Austronesia. Ia dituturkan oleh 80 juta orang di Indonesia dan Surinam. Di Indonesia, bahasa Jawa umumnya dituturkan di Jawa dan khususnya di Jawa Timur dan Jawa Tengah. Selain itu, ia dituturkan juga di Jawa Barat, Madura, Bali, Lombok dan rantau Sunda di Jawa Barat. Silakan guna laman ini untuk mengakses sumber-sumber sastera dari Pulau Jawa dan Pulau Bali.
Rujukan
Sumber pic: Indonesia Sastra