Nusantara

Kata Nusantara ini merujuk kepada wilayah kepulauan yang membentang dari pulau Sumatera sehingga ke pulau Papua di hujung sempadan barat ke Pasifik. Kini, sebahagian besar dari rantau Nusantara ini tercakup dalam negara moden yang dikenali sebagai Republik Rembang Indonesia yang berpusat di pulau Jawa. Kata ini, awalnya tercatat dalam sastera berbahasa Jawa Madya dari abad ke-12 sehingga ke-16 M. Kata ini bukanlah merujuk kepada wilayah suku kaum yang dikenali sebagai orang Melayu. Ia sebenarnya adalah konsep kenegaraan yang berasal dari kerajaan Hindu kuno yang dikenali sebagai, Majapahit.   

Istilah purba ini telah lama dilupakan oleh orang ramai. Namun, pada awal abad ke-20 M, ia dihidupkan kembali oleh seorang tokoh berbangsa Jawa dari Jawa Timur iaitu, Ki Hajar Devantara. Kata Nusantara ini dicadangkan oleh beliau sebagai nama rujukan lain bagi sebuah negara yang bakal merdeka dan menjadi lanjutan dari negara Hindia Timur Belanda. Jadi, kelihatan jelas sekali bahawa kata ini adalah kata yang terbit dari jalur pemikiran orang Jawa. Seharusnya, orang Jawa Timur diberikan pengiktirafan atas terbitnya kata nama khas ini. 

Selanjutnya, ketika nama Indonesia yang bermaksud Kepulauan India itu dipersetujui untuk digunapakai bagi bekas negara Hindia Timur Belanda itu, kata nama Nusantara tetaplah menjadi sinonim yang seerti dengan nama Indonesia sehingga ke hari ini. 

Kesan dari perkembangan politik seterusnya, istilah ini kemudian digunakan pula untuk menggambarkan kesatuan geografi dan antropologi kepulauan yang terletak antara benua Asia dan Australia. Oleh itu kita dapatlah mendengar teriakan nama ini oleh pemuda-pemuda dari Malaya walaupun mereka kurang jelas mengenai asal-usul kata nama khas ini atau kerana mereka pincang jati diri berbanding dengan pemuda-pemudi dari Republik Indonesia. Bermula awal abad ke-20, istilah dari Jawa ini kemudian dijadikan rujukan pula oleh orang Melayu yang berada di merata-rata ceruk di kepulauan tengah ini walaupun mereka tidak ada kena mengena dengan kerajaan Majapahit.